Sedikit informasi untuk di kongsi
Sate atau kadangkala ditulis satay adalah makanan yang dibuat dari potongan daging (ayam, kambing, lembu, ikan, dan lain-lain) yang dipotong kecil-kecil, dan dicucuk dengan lidi atau buluh, kemudian dibakar menggunakan bara arang kayu. Sate kemudian dihidangkan dengan pelbagai macam kuah (bergantung pada variasi resepi sate).
Sate diketahui berasal dari Jawa, Indonesia, tetapi sate juga popular di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand. Sate juga popular di Belanda yang dipengaruhi masakan Malaysia yang dulu merupakan koloninya. Versi Jepun disebut yakitori.
Resepi dan cara membuat sate beraneka jenis bergantung variasi dan resepi daerh masing-masing . Hampir segala jenis daging boleh dibuat sate.
Biasanya sate diberi kuah. Kuah ini boleh berupa sambal kicap, sambal kacang, atau yang lain (mengikut selera) dan hirisan bawang serta timun. Kadang-kadang sate dimakan dengan ketupat/nasi impit.
Sedikit tips untuk mencari Satay yang sedap :
- Jika satay itu kelihatan basah & berkilat, bermakna satay itu manis & sedap. Sebaliknya jika ia kelihatan kering & tidak berkilat, bermakna satay itu tawar & kurang sedap untuk dimakan.
- Satay tersebut hendaklah bersaiz sederhana. Jika terlalu besar rempah satay akan kurang terasa.
- Satay hendaklah dibakar dengan garing. Jika separuh masak atau mentah ianya kurang enak untuk dimakan.
- Mesti dihidang bersama timun & bawang. Disamping dapat mengimbangi kandungan nutrisi dalam makanan, ianya juga amat baik untuk kesihatan kita
Mesti terasa nak cubakan? apa lagi meh ke Warung Satay HR,.......
No comments:
Post a Comment