23 September 2013

RTM MIRI..............REGATTA SIBUTI 2013


alhamdulillah sekali lagi.....LEGASI HR ( SATAY HR ) menuju satu lagi pembaharuan + peningkatan dalaman promosi , dengan  sokongan en.suami  + abg zulkifli & keluarga + DjEd Joe Castello + semua yang membantu memperkenalkan nama /jenama SATAY HR sehingga ke seluruh miri sempena       PROGRAM  REGATTA  SIBUTI  2013 .
Terima kasih sangat.




TEMPAHAN SEPANJANG AIDILFITRI 2013

Alhamdulillah sepanjang aidilfitri yang lalu rezeki dari Allah datang tanpa putus...Alhamdulillah sekali lagi...memandangkan mood untuk mengupdate blog agak lambat...so kita kongsikan jer pengalaman dan kemeriahan majlis di serikan dengan selera SATAY HR.....citarasa perantau...

TEMPAHAN UNTUK KAK SAL + KAK SUE.....DI BACHOK......

MAJLIS HARI RAYA DI JALAN BY PASS MIRI, SARAWAK

MAJLIS HARI RAYA DI BANK RAKYAT , PERMYJAYA MIRI SARAWAK

MAJLIS HARI RAYA TV3, TAMAN AWAM MIRI, SARAWAK

TQ....'D' SELERA KELATE
MAJLIS HARI RAYA D' SELERA KELATE , PIASAU , SARAWAK

14 July 2013

CORAT CORET BAZAR INDOOR STADIUM MIRI/ 2013

ALHAMDULILLAH..REZEKI RAMADHAN

ready to go...

dari jauh kelihatan banner SATAY HR....

SATAY.....SATAY..MEH BELI SATAY....

bos sediri turun pade bakar satey....

nasib baik ado assistant

asisstants yang TERBAIK,.....

bahagian packing...good job brother...


tq...nanti datang lagi..tempah banyak2 sikit nanti yer....


senyum sikit.....gambar anda akan di upload dalam blog ni....

ha...senyum pun...

sabar kak ..ikut nombor..gitewwww...

alhamdulillah...terima kasih semua

last plastic.....

habis...esok plak yer....

KAMI DAH SEDIA ..

68 + 01

80 + 01

26 June 2013

LEGASI HR - UNIFORM CREW


MENU 2013


JOM DATANG.....JADIKAN JUADAH WAJIB ANDA......


RAMADHAN MENJELMA LAGI...ALHAMDULILLAH

Agak lama admin menyepi..bukan tak de info... banyak nak dikongsi...masa jer x cukup..kadang-kadang baru nak bukak blog...erm ader lagi benda lain tak settle ...las-last...sign out...hampir sebulan situasi ini berulang..sedar tak sedar Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelma ...Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah masih memberi ruang dan waktu untuk ku melakukannya ibadah yang mulia ini.....Rezeki SATAY HR juga makin hari makin banyak...Alhamdulillah sekali lagi..
 
jika tiada halangan dan masalah..in sha allah SATAY HR akan membuka gerai jualan di Bazar Ramadhan Permymall, Permyjaya ....dan Bazar Ramadhan Indoor Stadium, Miri.....
kepada pengemar-pengemar SATAY HR..jangan lepaskan peluang untuk menikmati satay kami untuk juadah berbuka puasa anda nanti...Jadikan ia juadah wajib anda........
 
selamat datang RAMADHAN......

10 May 2013

TESTIMONI - pelanggan SATAY HR

10 MEI 2013

Testimoni 01 

" Kuah satay beliau ( Satay HR ) sangat best...."

Hafiz - Permyjaya - Miri Sarawak


Testimoni 02 

" Kuah sedap, satay pun lembut.Satay maybe kena perap lama sikit bagi resap rempah.Well done:) Satay ayam sedap."

Lini - Piasau, Miri Sarawak 


Testimoni 03 

"Alhamdulillah, sedap, boleh dimakan begitu sahaja bersama nasi.nyum2.lepas ni boleh buat satay arnab lak..hehheh"

Junsu Ah- Vista Perdana, Permyjaya.

Testimoni 04 

"semuanya sedap especially kuah kacang.Cuma kadang-kadang daging agak liat..heheh"
Sophia- Taman Jelita, Miri.























16 April 2013

Jom Sertai Kami

PELUANG TERBUKA UNTUK WARGA MIRI, SARAWAK YANG BERMINAT....


 
 
Kerja Kosong-  Pembakar Satay   (piasau)
KAMI DARI LEGASI HR ( SATAY HR ) CITARASA PERANTAU, MEMBUKA RUANG DAN PELUANG KEPADA WARGA MIRI, TERUTAMANYA DI SEKITAR PERMYJAYA UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ( PART TIME ) SEBAGAI PEMBAKAR SATAY. KAMI MEMPUNYAI 3 CAWANGAN DI SEKITAR BANDAR MIRI, IN SHA ALLAH, LEGASI HR ( SATAY HR ) BAKAL MENJADI FENOMENA CITARASA PERANTAU DI MIRI SARAWAK.
SATAY HR DI USAHAKAN SEPENUHNYA OLEH ORANG MUSLIM DAN BERDAFTAR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN ( LESEN NO  -  MRI/2013/364  )
SYARAT-SYARAT:
-PART TIME @ FULL TIME
-MEMPUNYAI LESEN MEMANDU B2 DAN D
-SUDAH HABIS BELAJAR DAN TIDAK BEKERJA
-LELAKI SAHAJA.
-UMUR 18 TAHUN DAN KEATAS
-MEMPUNYAI DISIPLIN DAN SASIAHDIRI YANG BAIK.
-TAHAN LASAK DAN BOLEH BEKERJA DENGAN KEADAAN TERTEKAN.
-MEMPUNYAI CITA-CITA SEBAGAI PENIAGA.
-WAKTU BERKERJA 4 PETANG HINGGA 10.00 MALAM.
-CUTI SETIAP HARI ISNIN SAHAJA. (KECUALI SAKIT YANG DISAHKAN)


GAJI/KELEBIHAN:
-KENDERAAN UNTUK KE TEMPAT BERNIAGA DI SEDIAKAN.
-GAJI DI BAYAR SETIAP HARI @ MINGGU BERGANTUNG KEPADA HASIL JUALAN
 cth: RM 9.00 jika berjaya menjual 100 cucuk satay
-KAMI ADALAH PENIAGA YANG BERDAFTAR DENGAN PBT  DAN SEPENUHNYA PENIAGA BUMIPUTRA.

SEBARANG PERTANYAAN:
HANIFA ( 019-961 4552 ) @  ROZIMAH ( 016- 753 2624 )
 
 

04 April 2013

OPERASI SEMULA

 
Assalamualaikum...di hari jumaat yang berkat nie....bersyukur sangat sebab masih di beri peluang dan ruang untuk kejar impian yang sering tertunda dek masalah yang tak pernah terlintas akan terkena pada kami....Geram?  ader lah jugak tapi ....kalau kita jugak bertindak seperti "mereka" apa bezanya kita dan "mereka".....Sabar? Yeahhh itu lah ungkapan yang terbaik untuk masa ini. mungkin ada sesuatu yang lebih baik kami akan jumpa dan dapat selepas ini...Lesen pun tak sempat nak siapkan lagi...wah...wah...wah....lagi satu hal yang tak patut tertunda di tunda....
 
In Sha Allah...kalau tiada apa-apa lagi aral yang melintangi usaha untuk memajukan jenama   SATAY HR a.s.k LEGASI HR.....kami akan beroperasi seperti biasa bermula hari ini.....
 
so kepada semua penggemar SATAY HR.......jom makan satay........

24 March 2013

DOA MENGHINDARI DARI SIHIR @ ILMU HITAM

 



Khasiat dan kaifiat beramal
Caranya ialah dengan membacakan ayat-ayat ini bersama ayat ke 118 hingga 121 surah al-A’raaf dan ayat ke 69 surah Taha kepada bekas yang mengandungi air. Kemudian air itu disiram ke atas kepala orang yang terkena sihir itu.
(al-Durrul Manthur, tafsir ayat 81-82 surah Yunus)

* TERIMA KASIH KEPADA TUAN PUNYA ARTIKEL* http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2010/12/21/doa-menghindari-sihir-dan-ilmu-hitam/




Panduan Elak Diri dari Sihir
( petikan dari jawapan soal jawab majalah I keluaran Oktober 2006)
Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman
   Soalan : -
Ustaz, saya telah memulakan perniagaan kira-kira enam bulan yang lalu dengan membuka sebuah warung makanan. Pada mulanya perniagaan berjalan lancar tetapi setelah dua bulan, perniagaan mula merosot. Adakalanya saya hanya mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa dibuang begitu sahaja.
Saya ada memanggil dukun untuk menengokkan perniagaan saya. Kata dukun tersebut, ada orang yang telah menyihir saya. Kemudian baru saya teringat saya pernah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi tanah dan beberapa barangan lain ditinggalkan di kedai saya dan saya terus membuangnya ke dalam tong sampah.
Saya ingin meminta nasihat daripada ustaz, apakah amalan-amalan yang patut saya buat bagi menghindari perbuatan sihir seperti ini.
- Siti Hawa, Kajang.

Jawapan :
Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)     
Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir  secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :
" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)
Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk. 
2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)
3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )
4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Ertin firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
         
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :  Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)
6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود )
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

* TERIMA KASIH KEPADA TUAN PUNYA ARTIKEL*
http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=151